Pusat Internet Lubok Antu – Norma Baharu

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Lubok Antu akan beroperasi setiap hari kecuali cuti umum. Pengguna yang menggunakan khidmat Pusat Internet digalakkan untuk mempraktikkan norma baru seperti pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan berdiri jarak 1 meter.

PI Lubok Antu juga akan merancang beberapa aktiviti kelas atas talian yang merangkumi kelas asas ICT, advokasi dan promosi produk jualan usahawan menggunakan Stream Yard. Kelas di bilik latihan PI Lubok Antu akan berjalan seperti biasa tetapi masa hanya dihadkan 30 minit sahaja. Kepada pelajar IPT yang mengalami masalah internet di rumah, anda juga digalakkan mengikuti kuliah online di Pusat Internet Lubok Antu.

Perkhidmatan lain seperti mencetak, fotokopi, pengimbas, laminate dan lain-lain juga disediakan. Like Page Pusat Internet Lubok Antu sekarang supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti mana-mana program yang diadakan pada masa akan datang. Pastikan anda mematuhi setiap norma baru yang ditetapkan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali